JALAN TIDAK RATA
Tanda bagi jalan tidak rata atau jambatan bonggol
PERSIMPANGAN JALAN (SIMPANG EMPAT)
Isyarat untuk lintasan jalan
SIMPANG ANJAL
Isyarat bagi simpang anjal
SIMPANG KANAN
Isyarat bagi simpang ke kanan
SIMPANG KIRI
Isyarat bagi simpang ke kiri
PERSIMPANGAN JALAN (SIMPANG T)
Isyarat bagi persimpangan jalan (simpang T)
JALAN MENYIMPANG DI SEBELAH KIRI
Isyarat bagi jalan menyimpang di sebelah kiri
JALAN MENYIMPANG DI SEBELAH KANAN
Isyarat bagi jalan menyimpang di sebelah kanan
JALAN BERCABANG / BERPISAH ARAH
Bagi menandakan bahawa lalu lintas dibenarkan untuk melalui kedua-dua tepi pulau atau apa-apa halangan di jalan
HALANGAN DI HADAPAN
Penanda ini diletakkan bagi menandakan halangan di mana terdapatnya pembahagi jalan di hadapan
PENANDA KELEGAAN
Penanda ini diletakkan untuk menggambarkan hujung jambatan atau halangan atau kelegaan jalan mengecil di hadapan
JALAN BENGKANG-BENGKOK
Isyarat bagi jalan bengkang-bengkok
SELEKOH BAHAYA
Isyarat yang digunakan untuk selekoh atau selekoh berbahaya kerana ciri-ciri atau kerana pemandangan yang terhad
TANDA ARAH SELEKOH KE KANAN
Bagi menandakan selekoh berbahaya
TANDA ARAH SELEKOH KE KIRI
Bagi menandakan selekoh berbahaya
LIKU KIRI
Bagi menerangkan satu liku yang berbahaya kerana ciri-ciri atau penglihatan pemandu terhad
LIKU KANAN
Bagi menerangkan satu liku yang berbahaya kerana ciri-ciri atau penglihatan pemandu terhad
PEMBAHAGI LEBUH RAYA (JALAN) BERAKHIR
Sebagai amaran kepada lalu lintas dua hala di hadapan
PEMBAHAGI LEBUH RAYA (JALAN) DI HADAPAN
Lalu lintas daripada arah yang berlawanan dibahagikan oleh penghalang
BULATAN
Isyarat untuk pusing keliling di hadapan
LALU TINTAS DUA HALA
Menandakan perubahan daripada jalan satu hala berasingan kepada jalan dua hala
LORONG MENDAKI (DUA LORONG)
Isyarat bagi bahagian jalan yang mempunyai tambahan lorong mendaki atau 3 lorong bahagian jalan dengan lalu lintas dua hala
LORONG MENURUN (DUA LORONG)
Isyarat bagi bahagian jalan yang mempunyai tambahan lorong menurun atau 3 lorong bahagian jalan dengan lalu lintas dua hala
JALAN SEMAKIN SEMPIT DARIPADA SEBELAH KIRI
Isyarat bagi jalan yang sempit daripada sebelah kanan atau sebelah kiri
LALUAN SEMPIT DI HADAPAN
Isyarat bagi jalan yang makin sempit di hadapan
PENDAKIAN BAHAYA (MENDAKI BUKIT CURAM)
Isyarat menunjukkan puncak melebihi 1:10 atau keadaan setempat akan mendatangkan bahaya
CURAM BAHAYA (MENURUN BUKIT CURAM)
Isyarat menunjukkan curam melebihi 1:10 atau keadaan setempat akan mendatangkan bahaya
JAMBATAN SEMPIT
Isyarat bagi menunjukkan adanya jambatan atau pembentung di hadapan, di mana jalan sempit dan tiada ruang untuk kenderaan berselisih
JALAN LICIN
Isyarat bagi kawasan dalam keadaan-keadaan tertentu menyebabkan permukaan licin
BAHU JALAN LEMBUT
Isyarat kawasan-kawasan yang pinggir jalan adalah lembut dan oleh itu berbahaya
LAMPU ISYARAT DI HADAPAN
Isyarat awal bagi persimpangan yang berlampu isyarat bagi mengawal dan melancarkan aliran lalu lintas
ISYARAT BERHENTI DI HADAPAN
Isyarat yang menunjukkan tanda berhenti di hadapan dan pergerakan lalu lintas dikehendaki berhenti
BAHAYA LAIN
Isyarat bagi menerangkan bahaya-bahaya selain daripada yang ditandakan di atas
ISYARAT BERI LALUAN DI HADAPAN
Isyarat ini menandakan isyarat beri laluan di hadapan. Lalu lintas dari jalan yang menghadap isyarat ini hendaklah memberi laluan kepada lalu lintas dari jalan yang bertemunya
RUNTUHAN BARU ATAU TANAH RUNTUH
Bahagian jalan di mana terdapat batu-batu jatuh atau tanah runtuh. Biasanya terdapat di kawasan bukit yang ceunnya dipotong
TERNAKAN MELINTAS
Isyarat bagi bahagian jalan yang selalu dilintasi oleh lembu, biri-biri atau ternakan lain
HIDUPAN LIAR MELINTAS
Isyarat bagi bahagian jalan yang selalu dilintasi oleh binatang liar
TAMAN PERMAINAN
Isyarat bagi menunjukkan kawasan taman/padang permainan di hadapan
LINTASAN ORANG KURANG UPAYA(OKU)
Isyarat bagi menunjukkan kawasan lintasan orang cacat
KANAK-KANAK MELINTAS DAN ZON SEKOLAH
Isyarat bagi kawasan yang sering terdapat murid sekolah melintas
ZON TUNDA
Kebiasaannya, zon tunda berada di bahagian jalan yang mempunyai kadar lalu lintas yang tinggi
LINTASAN BERTINGKAT TANPA PAGAR
Isyarat bagi lintasan kereta api tanpa pagar di hadapan
LINTASAN PEJALAN KAKI
Isyarat bagi menunjukkan Kawasan lintasan pejalan kaki
LINTASAN BERTINGKAT BERPAGAR
Isyarat bagi lintasan kereta api berpagar di hadapan
PAGAR LINTASAN BERTINGKAT AUTOMATIK BAGI LANDASAN KERETA API
Isyarat bagi lintasan kereta api berpagar automatic di hadapan
DILARANG MEMOTONG
Isyarat ini menandakan Kawasan semua kenderaan tidak dibenarkan memotong sama sekali
DILARANG MEMBUNYIKAN HON
Dilarang membunyikan hon di tempat seperti sekolah, mahkamah, hospital dan kompleks pejabat kerajaan
KENDERAAN DILARANG MASUK
Semua jenis kenderaan adalah dilarang sama sekali memasuki atau melalui laluan ini
DILARANG MEMBELOK KE KIRI DAN KE KANAN
Semua kenderaan tidak dibenarkan membelok ke kiri dan ke kanan kerana laluan di hadapan merupakan jalan sehala
DILARANG BERPUSING BALIK
Kenderaan tidak dibenarkan membuat pusingan ‘U’
TIDAK DIBENARKAN MASUK BAGI KENDERAAN MIKROMOBILITI, MOTOSIKAL, BASIKAL, KENDERAAN YANG DITARIK HAIWAN/ KENDERAAN PELBAGAI BENTUK
Isyarat ini menunjukkan kenderaan mikromobiliti, motosikal, basikal tiga roda atau yang bergerak lambat seperti kenderaan haiwan yang ditarik dalam pelbegai bentuk tidak dibenarkan menggunakan laluan ini
DILARANG MELETAK KENDERAAN
Tidak dibenarkan meletakkan semua jenis kenderaan di tempat yang diletakkan tanda ini
DILARANG BERHENTI
Tidak dibenarkan berhenti di kawasan mempunyai tanda isyarat ini
BERHENTI DI PERSIMPANGAN
Isyarat ini menandakan tanda berhenti di hadapan
BERHENTI KANAK-KANAK MELINTAS
Isyarat ini menunjukkan lokasi kanak-kanak melintas jalan dari dalam perjalanan atau dari sekolah
HAD LAJU 50KM/J
Keadaan lalu lintas dan reka bentuk jalan adalah sesuai dan selamat dengan kelajuan ini
HAD KELAJUAN TAMAT
Tanda isyarat ini menerangkan bahawa berakhirnya zon had laju yang terdahulu, walau bagaimanapun kelajuan seterusnya akan berpandukan tanda isyarat had laju seterusnya
KENDERAAN YANG MELEBIHI LEBAR YANG DITETAPKAN DILARANG MASUK
Tanda isyarat ini menerangkan bahawa kelebaran laluan tidak melebihi 2.5 meter lebar
KENDERAAN YANG MELEBIHI HAD KETINGGIAN YANG DITETAPKAN DILARANG MASUK
Isyarat ini menunjukkan Kawasan kenderaan yang melebihi ketinggian yang dihadkan adalah dilarang masuk
KENDERAAN MELEBIHI BERAT 8 TAN DILARANG MASUK
Tanda isyarat ini menerangkan bahawa beban yang boleh ditanggung oleh laluan ini tidak melebihi 8 tan
ARAH YANG PERLU DIIKUTI
Isyarat ini menunjukkan arah yang mesti diikuti oleh kenderaan
LALUAN KHAS
Isyarat ini menunjukkan jenis kenderaan yang dibenarkan berada di laluan berkenaan
JALAN SEDANG DIBAIKI
Isyarat makluman sebelum memasuki zon kerja pembinaan atau penyelenggaraan jalan di hadapan
LORONG DI TUTUP
Isyarat amaran terdapat penutupan Lorong di hadapan dalam kawasan zon kerja pembinaan
ISYARAT LENCONGAN TAJAM
Isyarat yang diletakkan di lencongan tajam atau perubahan tajam di jalan mendatar dalam zon kerja