Motosikal (B2 / B / C)
重型摩托/摩托车/三轮车驾驶执照

📋
Syarat Umur 年龄要求
min. 16 pada tarikh pendaftaran 16岁起 (出生日期)
🏍️ Motosikal B2 / B / C (小型 / 重型 / 三轮车)
Motosikal B2 Kelas B2

Motosikal B2 小型

250cc dan ke bawah

排量 250cc 以下
Motosikal B Full Kelas B

Motosikal BFull 重型

Melebihi 500cc

排量超过 500cc
Motosikal C Kelas C

Motosikal C 三轮车

Melebihi 250cc dan tidak lebih dari 500cc

排量超过 250cc但不超过 500cc (Tiga Roda)

Calon Baru 新学生

Pendaftaran & Pembayaran di Sekolah Memandu 驾校注册 & 付款
  • ➔
    Pelajar perlu mendaftar dan membayar di sekolah memandu yang berlesen
    学生需要在持牌的驾驶学院注册 & 付款
  • ➔
    Pilih jenis lesen: Kelas B2, BFull, atau C
    选择驾照类型: B2(小型) 或 B(重型)或 C(三轮车)

Tambah Kelas / Tambah Lesen 追加驾照

Tidak perlu menghadiri KPP01 无需参加 KPP01
  • ➔
    Pelajar perlu mendaftar di sekolah memandu dan memilih kelas lesen yang ingin ditambah
    学员需到驾驶学院注册,并选择要增加的驾照类别
  • ➔
    Pelajar yang sudah mempunyai lesen memandu dan ingin menambah kelas lesen boleh terus mengikuti KPP02 tanpa perlu menghadiri KPP01
    已经拥有驾驶执照并想增加驾照类别的学员,可以直接参加 KPP02 课程,无需参加 KPP01
Kursus Teori (Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) – 6 Jam
KPP01理论课程(6小时)
1
Laporkan ke lokasi yang ditetapkan | 到指定的地点报到

Pelajar dikehendaki hadir ke lokasi yang telah ditetapkan mengikut tarikh dan masa yang diberikan. Sila pastikan datang lebih awal sekurang-kurangnya 15 minit sebelum kelas bermula.

学生必须按照指定的日期和时间到指定地点报到。请至少提前15分钟到达。

2
Thumbprint (Daftar Masuk) | 指纹签到(登记入场)

Setibanya di lokasi, pelajar perlu membuat thumbprint (cap jari) di kaunter sebagai rekod kehadiran sebelum masuk ke kelas.

到达后,学生必须先在柜台进行指纹签到,以作为出席记录,然后才进入课室。

3
Kelas KPP01 Bermula (6 Jam) | KPP01课程开始(6小时)

Tajuk yang diliputi termasuk: | 课程内容包括:

  • Undang-undang jalan raya | 交通规则
  • Papan tanda lalu lintas | 交通标志
  • Tanggungjawab dan etika pemandu | 司机的责任与驾驶道德
  • Keselamatan jalan raya | 道路安全

Setiap 2 jam pembelajaran, pelajar akan diberi rehat selama 15 minit. Pelajar perlu kembali ke kelas tepat pada waktunya selepas rehat.

每上课2小时,将安排15分钟休息时间。学生必须在休息结束后准时回到课室。

4
Thumbprint (Daftar Keluar) | 指纹签退(登记离场)

Selepas tamat kelas, pelajar WAJIB membuat thumbprint sekali lagi di kaunter sebagai rekod tamat kehadiran (thumb out). Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan rekod kehadiran tidak lengkap.

课程结束后,学生必须再次到柜台进行指纹签退(thumb out),作为完成出席的记录。如未签退,可能导致出席记录不完整。

5
Lepas KPP01 > Sijil L2A | 理论课程 > L2A 证书

Selepas menghadiri kelas KPP01, Sijil L2A akan dikeluarkan.

完成 KPP01课程后,将获得 L2A 证书。

⚠ Peringatan Penting | 重要提醒
  • Bawa kad pengenalan (MyKad) | 请携带身份证(MyKad)
  • Datang awal dan jangan lewat | 请准时或提前到达,不要迟到
  • Pastikan membuat thumbprint masuk dan keluar | 必须完成指纹签到与签退
Ujian Undang-undang Berkomputer (UKPP) – 1Jam 15Min
电脑考试 (UKPP)- 1小时 15分钟

Sesetengah institut memandu akan bantu urus tempahan ujian atau minta pelajar hadir sendiri ke kaunter RILEK atau MYEG.

有些驾驶培训机构会帮助安排考试预约,或者要求学生亲自到 RILEK 或 MYEG 柜台办理。

💡 Digalakkan mencuba latihan KPP4U terlebih dahulu sebelum mengambil ujian di MYEG atau RILEK!

建议在前往 MYEG 或 RILEK 考试前,先使用 KPP4U 进行模拟练习!

1
Jumlah Soalan & Format | 题目总数与格式

70 Soalan Objektif | 总共70题选择题

💯 Markah lulus (56/70) | 及格分数 (56/70)

📚 Jenis Soalan / 题型:

  • Bahagian A (21 soalan) | A 部分 (21题)
  • Bahagian B (35 soalan) | B 部分 (35题)
  • Bahagian C (14 soalan) | C 部分 (14题)

Kandungan Soalan (Termasuk ujian buta warna): | 考试内容包括 (包含色盲测试)

• Tanda Jalan | 交通标志

• Undang-Undang & Peraturan Jalan Raya | 交通法规

Rujukan Tanda Jalan ↗
Jika Gagal | 若不及格:
Jika gagal, calon boleh menduduki semula ujian dengan bayaran tambahan.
若不及格,可重新报考(需额外收费)。
2
Lulus UKPP > Lesen Belajar Memandu (LDL) | 通过电脑考试 (获得 L 牌)

Selepas lulus UKPP, sekolah memandu akan memohon LDL untuk anda. | 通过考试后,驾校会为你申请 LDL。

Maklumat LDL / LDL 资料:
  • 📌 Sah selama 3 bulan | 有效期3个月
  • 📌 Boleh diperbaharui sehingga maksimum 6 bulan | 可续期至最多6个月
  • 📌 Hanya boleh memandu semasa latihan | 只能在训练时驾驶
  • 📌 Mesti ditemani oleh instruktor bertauliah | 必须有合格教练陪同
  • 📌 Wajib pamerkan pelekat “L” | 必须贴 “L” 学车标志
Kursus Amali KPP02 – 9.5 Jam
实操课程(驾驶场内)- 9.5 小时

Pelajar perlu hadir ke institut memandu tepat pada masa untuk mengikuti latihan bersama guru/pengajar.

学员必须准时到达驾校,与教练进行驾驶训练。

1
Pembelajaran Awal (Wajib) | 课前必学内容

Sebelum memulakan latihan, pelajar perlu mempelajari: | 在开始驾驶训练前,学员必须先学习:

• RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan): Pemeriksaan fizikal kenderaan (luar & dalam kenderaan)
RPK(车辆检查程序)– 车辆外观及内饰的实物检查

• RSM (Rutin Sebelum Memandu): Persediaan pemandu dan keselamatan sebelum bergerak
RSM(驾驶前例行程序)– 启动车辆前进行的安全检查与准备工作

Panduan RPK & RSM 车辆&驾驶前例行检查教程↗
2
KPP02 – 9.5 Jam & Latihan Litar | 实操课程与场地训练

Setiap kali menghadiri kelas, pelajar wajib membuat thumbprint sebagai rekod kehadiran. Setiap sesi perlu thumbprint semasa masuk dan keluar bersama guru.

每次上课,学员必须进行指纹签到作为出勤记录。每一堂课都必须在与教练上课前(进入)及下课后(离开)进行指纹签到。

Latihan Asas di Litar Memandu | 驾校场地基础训练项目:

  • Menunggang di atas titi (在锥体之间穿行)
  • Menunggang rintangan antara kon (zig-zag antara kon) (侧方停车)
  • Menunggang di laluan tidak rata (在不平坦的道路上骑行)
  • Pusingan angka 8 (8字形转弯)
  • Menunggang di selekoh tajam (在急弯处骑行)
3
Sijil L2B | L2B 证书

Selepas pelajar menyelesaikan latihan selama 9.5 jam, Sijil L2B akan dikeluarkan sebagai pengesahan telah menamatkan latihan praktikal di litar memandu.

学员在完成 9.5 小时训练后,将获得 L2B 证书,作为已完成驾驶场实操训练的证明。

Tambah Jam | 增加练习时间

Pelajar boleh memohon tambah jam latihan sekiranya masih berasa kurang yakin. Tambahan jam juga boleh dicadangkan oleh guru jika didapati pelajar masih memerlukan latihan tambahan. (Dikenakan bayaran tambahan).

如果学员觉得自己的驾驶技术还不够熟练,可以申请增加练习时间(Tambah Jam)。教练也可能建议增加时间。需要另外付费。

Video Pembelajaran: Untuk RPK, RSM, KPP02 dan KPP03, video pembelajaran disediakan untuk rujukan lanjut.

关于 RPK、RSM、KPP02 及 KPP03,已提供相关教学视频供学员参考与学习。

Tonton Video Pembelajaran 教学视频↗
Kursus Amali KPP03 (Latihan Jalan Raya) – 6 Jam
实操课程(道路驾驶)- 6小时

Latihan memandu dijalankan di jalan raya sebenar bersama guru/pengajar.

驾驶训练将在真实道路上由教练指导进行。

1
KPP03 – 6 Jam | 道路驾驶 - 6 小时

Setiap kali menghadiri kelas, pelajar wajib membuat thumbprint sebagai rekod kehadiran. Setiap sesi perlu thumbprint semasa masuk dan keluar bersama guru.

每次上课,学员必须进行指纹签到作为出勤记录。每一堂课都必须在与教练上课前(进入)及下课后(离开)进行指纹签到。

Fokus Pembelajaran | 学习重点:

  • Keselamatan jalan raya: Mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas
    道路安全 – 遵守交通规则与法律
  • Kawalan kenderaan: Pengawalan stereng, brek, minyak dan imbangan kenderaan
    车辆控制 – 方向盘控制、刹车、油门及车辆平衡
  • Kesedaran persekitaran: Peka terhadap keadaan trafik dan pengguna jalan raya lain
    道路观察能力 – 注意交通状况及其他道路使用者
  • Teknik pemanduan selamat: Cara menghadapi pelbagai situasi di jalan raya
    安全驾驶技巧 – 学习应对不同路况的驾驶方法
Tambah Jam | 增加练习时间

Pelajar boleh memohon tambah jam latihan sekiranya masih berasa kurang yakin. Bayaran tambahan mengikut kadar institut memandu.

如果学员觉得自己的驾驶技术还不够熟练,可以申请增加练习时间(Tambah Jam)。

Video Pembelajaran: Rujukan video pembelajaran bagi KPP03.

关于 KPP03 的相关教学视频供学员参考与学习。

Tonton Video KPP03 教学视频↗
Pra Ujian (QTI – Qualifying Test Internal) – 30 Min
试考 – 30分钟

QTI ialah ujian dalaman yang dijalankan oleh sekolah memandu untuk menilai tahap kemahiran pelajar sebelum menduduki ujian JPJ.

QTI 是由驾校内部进行的测验,用于评估学员在参加 JPJ 正式考试前的驾驶水平。

1
QTI – 30 Min | 试考 – 30分钟

Setibanya di lokasi, pelajar wajib membuat thumbprint masuk dan keluar di kaunter sebagai rekod kehadiran.

学生到达后,必须在柜台进行指纹签到与签退,作为出席记录。

Tempoh keseluruhan QTI adalah 30 minit (15 minit untuk QTI II dan 15 minit untuk QTI III). Pelajar wajib lulus QTI untuk melayakkan diri menduduki ujian rasmi JPJ.

QTI 总时长为 30 分钟(QTI II 15分钟,QTI III 15分钟)。学员必须通过 QTI,才有资格报名参加 JPJ 正式考试。

Jika Gagal QTI | 若 QTI 不及格:
Jika pelajar gagal QTI, pelajar perlu membayar semula dan menghadiri kelas QTI Ulangan.
若学员未通过 QTI,需重新缴费并参加 QTI 重考课程。
Ujian JPJ – 30 Min (Tempahan awal diperlukan)
陆路交通局(JPJ)– 30分钟 (需提早预约考试)

Ujian dijalankan oleh pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

考试由 陆路交通局(JPJ) 官员进行。

1
JPJ – 30 Min | 陆路交通局考试 – 30分钟

• Bahagian 1: Ujian Litar | 第一部分:驾驶场内考试

• Bahagian 2: Ujian Jalan Raya | 第二部分:道路驾驶考试

Pelajar wajib lulus semua bahagian ujian (Bahagian II & III) untuk mendapat keputusan lulus.

学员必须通过所有考试项目(第二部分和第三部分)才能获得及格成绩。

2
Lulus JPJ > Lesen Memandu Percubaan (PDL) | 通过 JPJ 考试 (获得驾照)

Lesen PDL sah selama 2 tahun. | PDL 驾照有效期为 2年。

  • Sepanjang tempoh PDL, pemandu mesti mematuhi peraturan jalan raya dan tertakluk kepada sistem mata demerit. | 在持有 PDL 期间,驾驶者必须遵守交通规则,并受扣分制度约束
  • Kenderaan mesti mempamerkan tanda “P” di bahagian depan dan belakang. | 车辆前后必须贴上 “P” 字牌
  • Selepas tamat tempoh 2 tahun, boleh memohon untuk naik taraf ke Lesen Kompeten (CDL). | 两年期满后,可申请升级为正式驾照(CDL)
P Pelekat / Sticker

Maklumat lesen memandu boleh disemak melalui aplikasi MyJPJ. (Warganegara Malaysia sahaja)

驾照资料可通过 MyJPJ 手机应用程序查询 (仅限马来西亚公民)

Aplikasi MyJPJ ↗
Jika Gagal JPJ | 若 JPJ 不及格:
Jika pelajar gagal ujian JPJ, pelajar perlu membuat bayaran semula dan menetapkan tarikh ujian baharu.
若学员未通过 JPJ 考试,需要重新缴费并预约新的考试日期。

Latihan Sebelum UKPP > KPP4U

参加UKPP前练习 > KPP4U

Sebelum menghadiri UKPP, pelajar digalakkan mencuba latihan KPP4U terlebih dahulu.

在参加电脑考试(UKPP)之前,建议学员先进行 KPP4U 练习。

Cara Akses KPP4U

Aplikasi

Muat turun aplikasi KPP4U, daftar akaun dan log masuk untuk mula.

下载 KPP4U 应用程序,注册账号并登录后即可开始练习。

Institut memandu

Minta institut memandu sediakan akaun untuk akses (FREE 5 kredit)

向驾训学院申请账号练习(免费 5 次答题)

Tutorial Video Kemahiran Lesen Memandu (Motorsikal)

驾照技巧(摩托车)视频教程

RPK (Rutin Pemeriksaan Kenderaan) & RSM (Rutin Sebelum Memandu)

RPK(车辆例行检查)& RSM(驾驶前例行程序)

YouTube ↗
Panduan RPK & RSM Motosikal

Panduan RPK & RSM Motosikal

RPK & RSM 摩托车例行程序 (Tonton di YouTube)

Video HQ

RPK - Rutin Pemeriksaan Kenderaan

RPK - 日常检查车辆 (Motorsikal B2)

Video HQ

RSM - Rutin Sebelum Memandu

RSM - 驾驶前例行程序 (Motorsikal B2)

KPP02 - Latihan Praktikal Litar

KPP02 - 场内骑行技能练习

YouTube ↗
Panduan Lengkap KPP02 Motosikal

Panduan Lengkap KPP02 Motosikal

KPP02 完整指导教程 (Tonton di YouTube)

Video HQ

Menunggang di Atas Titi

独木桥骑行

Video HQ

Pusingan 8

8字形骑行

Video HQ

Menunggang di Laluan Tidak Rata

在不平坦的道路上骑行

Video HQ

Menunggang Rintangan Antara Kon

越过锥体之间的障碍物

Video HQ

Menunggang di Selekoh Tajam

急转弯骑行 (Z 字弯)

Video HQ

Menunggang di Selekoh Tajam (Bahagian 2)

急转弯骑行(第二部分)